Segulung Ijazah Sarjana Muda
September 2015 Pertama kali menjejakkan kaki ke UKM. Tanpa ayah disisi untuk menghantar anak sulung beliau masuk ke universiti. Universiti yang pada ketika aku di tingkatan 5, beliau mengatakan bahawa aku mungkin akan menuntut ilmu di UKM, di bumi Bangi. Tekaan beliau betul dan aku berjaya mendapat tempat di UKM. Walaupun bukan kursus yang beliau ingin aku ceburi, aku berniat jika aku berjaya masuk ke UKM, aku akan sedaya upaya membuktikan kepada mereka yang mengata aku tidak pandai, anak yang tak akan berjaya kerana ibubapanya tidak mendoakan anaknya. Sedangkan, ibu bapa aku sentiasa mendoakan aku. Mereka tidak pernah meletakkan standard untuk aku setiap kali peperiksaan. Mereka percaya aku mampu lakukan yang terbaik. Iya, aku bukanlah seorang yang pelajar yang pandai. Bukan seorang yang cekap dalam memahami sesuatu subjek itu. Dan aku dihina apabila keputusan SPM aku hanya mendapat 6A. Pada mata ibubapa ku, keputusan itu cukup bermakna untuk mereka. Namun, ada ...